Warisan Sakral Nusantara

Warisan Sakral Nusantara
Author :
Publisher : Penerbit USM
Total Pages : 283
Release :
ISBN-10 : 9789674618438
ISBN-13 : 9674618430
Rating : 4/5 (430 Downloads)

Book Synopsis Warisan Sakral Nusantara by : Aiza Maslan @ Baharudin

Download or read book Warisan Sakral Nusantara written by Aiza Maslan @ Baharudin and published by Penerbit USM. This book was released on with total page 283 pages. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Buku ini memberi fokus kepada warisan sakral sama ada yang masih wujud serta diamalkan, mahupun yang telah lama ditinggalkan oleh masyarakat, umumnya di Nusantara. Sakral secara khusus bermaksud suci, mempunyai kuasa khas malah ajaib serta luar biasa, sering dikaitkan dengan hal yang bersifat kudus, transenden, misteri, sempurna dan mempunyai kesan transformatif kepada kehidupan dan takdir masyarakat yang mengamalkan dan menganutinya. Biarpun dunia kini telah semakin maju dan menjunjung tinggi nilai sains dan teknologi dalam kehidupan dan pembangunan negara, hakikatnya masyarakat yang menjadi asas kemajuan itu adalah manusia yang pernah tinggal dan merasai pengalaman sakral yang dilaksanakan dan dipercayai oleh generasi terdahulu. Sakral adalah sebuah pengalaman yang dilalui dan dipelajari secara tidak langsung oleh semua kelompok masyarakat dan wajar untuk dijadikan warisan dan rujukan kepada generasi akan datang tentang konsep “suci” yang pernah menjadi tonggak kepada kebudayaan dan adat istiadat sesebuah masyarakat. Konsep suci ini menyangkut hal-hal yang wajib diterima tanpa bantahan dan diakui benar-benar terjadi tanpa pembuktian dan hanya bersandarkan cerita dan kepercayaan orang tua-tua yang pernah mengalami, mendengar kembali atau mengaitkan amalan tersebut dengan peristiwa dahsyat yang pernah terjadi puluhan tahun malah ribuan tahun sebelumnya. Buku ini mengumpulkan 11 bab yang memberikan fokus kepada pelbagai aspek warisan sakral yang menarik dan luas sifatnya di Nusantara. Penelitian dibuat sekitar pelbagai isu yang melibatkan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Melayu di Selatan Thailand, Bajau Semporna di Sabah, Dusun di Brunei, Mandailing di Medan, Indonesia, Cina di Pulau Pinang, Malaysia dan Tionghua di Jawa Barat, Indonesia. Buku ini merupakan hasil pendokumentasian ketiga kumpulan tujahan Warisan Sakral dengan pengumpulan data kajian yang menghubungjalinkan para penyelidik dari Malaysia dengan rakan-rakan serantau di Thailand, Brunei dan Indonesia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan masyarakat tentang warisan sakral Nusantara yang pelbagai rencam, unik serta menarik sifatnya untuk diperhalusi.


Warisan Sakral Nusantara Related Books